MACAMMANA NAK BUAT “LINK INSTRUCTION” MELALUI WHATSAPP UNTUK MEMUDAHKAN CUSTOMER??

Takde siapa pun yang tak kenal apps ni, hampir kesemua orang tahu. cuma adakah kita betul-betul tahu lebih lebih lagi fungsi whatsapp ni??

Mesti korang ada perasan kan bila sekarang ramai peniaga online yang letak link bila tekan direct terus boleh whatsapp.

Almaklumlah pembeli-pembeli online ni kebanyakannya tak whatsapp sebab kena save nombor.padahal nak tanya harga je pun.sebab tu dorang suka komen pm pm pm kan?

Jom kami kongsikan cara untuk memudahkan customer dengan buat link, bila customer tekan boleh terus ke whatsapp kita tanpa perlu save nombor kita semata-mata untuk tanya harga.

Selain itu juga akan memudahkan kita unatuk mengetahui yang customer tu datang dari campaign / iklan yang  mana. almaklumla banyak sangat iklan tak tahu iklan mana yang customer tanya. haha

 

OK MACAM NI BUKA LAMAN WEB WHATSAPP LINK GENERATOR

ini adalah url kepada website tersebut:

https://apps.mrachmatriadi.id/whatsapplinkgenerator/ atau klik sini untuk ke laman tersebut.

mula-mula dia akan keluar macam ni, masukkan no telefon dimulakan dengan kod negara, contoh malaysia 6

masukkan juga text untuk campaign yang kita nak jalankan

then click butang “generate”

 

bahagian ni pula ada 2 item ‘long url’ dan ‘short url’.

‘long url’ ni adalah link kepada no telefon dan campaign yang kita masukkan tadi. link ni yang akan kita gunakan untuk paste di media social.

‘short url’ pulak sama je macam ‘long url’, cuma bezanya coding tak keluar pada link, ala yg %20 tuu. %20 tu coding untuk ‘space’. dia appear link yang lebih pendek, kira mcm short form (ada lagi satu trick kita boleh modified ‘short url’ ni ikut yang kita nak, nanti sy share kan di next posting. tungguuu. hee)

cara guna copy je salah satu link ni dan paste di media sosial mcm blog, facebook dan lain-lain.

 

kalau korang nak test cuba copy url ni dan paste di browser, nanti akan keluar macam ni:

lepas tu tekan send. tengok apa jadi ye.

ok itu saja utk posting kali ni. best ke best? kalau best share kat kawan2 tau!!!

Search