3 TIPS STRATERGI MARKETING INSTAGRAM

Instagram juga platform yang baik untuk mempromosikan perniagaan dan menaikkan jenama anda. Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk berniaga melalui Instagram.

Instagram adalah cara mudah untuk berkongsi gambar, video dan perniagaan dengan orang ramai di mana anda juga boleh kongsikannya di facebook, twitter dan lain-lain. Lebih 300 juta orang di seluruh dunia sedang menggunakan Instagram dan ini menjadikannya platform yang sesuai untuk anda memasarkan produk anda.

Keunikan Instagram ialah ianya percuma dan membenarkan pengguna untuk menjadi inovatif dengan memuatnaik gambar-gambar yang kreatif dan cantik. la juga sangat mudah digunakan dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan kamera, anda boleh ambil gambar dan memuatnaik kurang dari 1 minit!

  1. LIKE GAMBAR PELANGGAN SASARAN ANDA

Orang ramai suka bila gambar yang mereka muatnaik mendapat like. Ini menjadikan mereka akan muatnaik lebih gambar lagi. Apa yang anda perlu buat ialah cari pengguna Instagram yang menepati prospek perniagaan anda dan like gambar mereka. Lakukannya dengan ikhlas, anda juga boleh komen dan puji gambar tersebut seikhlas hati. Ini mengelakkan ada daripada menjadi seorang tukang spam. Jika anda selalu spam Instagram orang lain, kebarangkalian untuk mereka follow Instagram anda adalah rendah.

 

  1. RAKAM GAMBAR BERLATAR MENARIK

Cara untuk orang ramai tertarik follow Instagram anda ialah untuk memuatnaikkan gambar-gambar menarik yang diambil dari sudut-sudut yang berbeza. Ini kerana ada berjuta-juta gambar dimuatnaikkan ke Instagram setiap hari, jadi bagaimana nak jadikan orang lain’nampak’ anda?

 

  1. GUNA #HASHTAG

Anda perlu gunakan # hashtag yang bersesuaian. Fungsi hashtag ialah, bila prospek klik pada hashtag tersebut, ianya akan membawa mereka kepada laman-laman lain yang menggunakan hashtag yang sama.

#tipsbisnes #richworks #mudahnyaberniaga #homestay #homestaypro

**Apa-apa ilmu yang kita dapat yang penting BERMANFAAT! Lagi baik kalau kita SHARE, CLICK je icon SHARE bawah ni…

Search